Friday 28 April 2017

Taman Sahabat


Taman sahabat adalah salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang baru bertandang ke Sarawak khasnya di Kuching. Taman ini dibina sempena tanda persahabat antara kerajaan Malaysia dengan China. Taman ini terletak di jalan Song yang mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak, manakala 30 minit daripada bandaraya Kuching. Sesuai bagi mereka yang gemar berjoging dan beriadah, disamping kita dapat menimba sedikit ilmu berkenaan sejarah awal pelayaran laksaman Zheng He (Cheng Ho) ke perairan Asia Tenggara suatu ketika dahulu.   

Replika laksamana Cheng Ho

Setiap tugu tersebut menceritakan kisah hubungan kerajaan tanah melayu, borneo dan China sejak mula sebelum terbinanya negara bangsa Malaysia.
Gerbang masuk ke taman

Pastikan anda sendiri yang datang dan merasa suasana di sini, jangan terlepas peluang sekiranya berkunjung ke Sarawak.


No comments:

Post a Comment