Friday 28 April 2017

Gua Pari-Pari Bau, Kuching, Sarawak

Kisah dongeng tentang "Pari-pari" tidak asing lagi bagi kita, namun sejauh manakah kebenaranya. Di daerah Bau terdapat sebuah gua yang mana ia diberi nama "Gua Pari-pari". Gua ini terletak di kampung Krokong, jarak lebih kurang 23 km daripada pekan Bau, Kuching Sarawak. Gua ini penuh dengan kisah-kisah dongeng(mitos) dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaranya kerana tiada catitan bertulis mengenainya. 

Namun mengikut cerita daripada pendudukan setempat, gua ini pernah dihuni oleh sekelompok manusia pada ribuan tahun yang lalu. Dipendekkan cerita, kelompok manusia ini akhirnya disumpah oleh pari-pari atas sebab kesalahan mereka. Dari situ gua ini mendapat nama iaitu Gua Pari-Pari. Saya akan berkongsi sedikit pengalaman semana mengunjungi tempat ini pada tahun 2015 bersama keluarga.

Papan tanda Gua Pari-Pari(Fairy Cave)

Tangga untuk naik/masuk ke dalam gua. Disebelah tangga ini terdapat tangga 
lama peninggalan penjajah dari Jepun suatu ketika dahulu

Ruangan tangga yang paling atas dan untuk masuk ke dalam gua ini perlu bayar rm 1.00

Sejurus masuk ke dalam gua ini, terdapat lagi tangga kecil yang akan dilalui untuk naik ke atas,
keadaan tangganya sanggat curam, tinggi, sempit dan gelap

Inilah patung Pari-Pari yang menjadi lambang kepada gua ini

Terdapat banyak lagi sudut-sudut lain dalam gua ini yang menarik namun saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar. Apa kata anda sendiri datang merasai suasana yang mengagumkan di sini. Kepada anda yang berkunjung ke daerah Bau jangan terlepas peluang untuk datang ke sini kerana ia pasti akan memberi pengalaman yang menyeronokan.

No comments:

Post a Comment