Friday 28 April 2017

Fitik (PDRM)

Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya maksud bagi istilah "fitik" apabila terdengar perkataan ini. Baiklah disini saya akan menerangkan serba sedikit maksud dan makna perkataan tersebut. Bagi masyarakat diluar sana, ramai yang tidak tahu akan tangjungjawab/tugas seorang anggota polis yang sebenarnya. Seperti mana-mana jabatan, kami juga tidak terkecuali daripada aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong. Apakah kaitannya perkataan fitik dan gotong-royong? 

Fitik dan gotong-royong membawa maksud serta makna yang sama. Perkataan ini sering digunakan dikalangan warga PDRM, yang mana setiap bulan diperuntukan masa untuk bersama-sama bergotong-royong membersih kawasan balai ataupun pejabat termasuklah kediaman pegawai dan anggota polis. Adapun khidmat "cleaner" daripada kontraktor yang telah dilantik oleh jabatan, ianya tidak memadai. Hal ini disebabkan seolah-olah aktiviti fitik telahpun menjadi satu budaya dalam warga PDRM sejak organisasi pasukan keselamatan ini ditubuhkan suatu ketika dahulu.

Seperti mana yang diperkatakan tadi, di tempat saya bertugas juga akan diadakan aktiviti fitik ini mengikut ketetapan masa yang telah dirancang. Dibawah saya sertakan rakaman semasa kami menjalankan aktiviti fitik di kawasan pejabat kami.

Fitik di kawasan pejabat

Baiklah setakat ini sahaja apa yang ingin disampaikan, semoga penerangan ini berguna kepada anda yang ingin mengetahui maksud "Fitik".Sekian....

3 comments:

  1. Nak tahu perkataan FITIK tu ape encik.. F_i_t_i_k..?

    ReplyDelete
  2. istilah ini biasa juga digunakan dikalangan tentera. kami tidak spesifik menggunakan fitik untuk gotong royong, tetapi digunakan untuk semua keadaan kerja-kerja yang mengerahkan kudrat 4 kerat.

    saya tidak jumpa asal-usul perkataan ini, lalu saya simpulkan perkataan yang paling hampir ialah 'Fatigue' dari bahasa English. Kerja fitik @ Fatigue work bermakna kerja yang memenatkan.

    WaAllahu'a3lam.

    ReplyDelete
  3. Fatigue duty (or fatigue labor) is the labor assigned to military men that does not require the use of armament. Parties sent on fatigue duty were known in English by the French term "en détachement" according to an 1805 military dictionary.

    ReplyDelete