Friday 28 April 2017

Taman Sahabat


Taman sahabat adalah salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang baru bertandang ke Sarawak khasnya di Kuching. Taman ini dibina sempena tanda persahabat antara kerajaan Malaysia dengan China. Taman ini terletak di jalan Song yang mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak, manakala 30 minit daripada bandaraya Kuching. Sesuai bagi mereka yang gemar berjoging dan beriadah, disamping kita dapat menimba sedikit ilmu berkenaan sejarah awal pelayaran laksaman Zheng He (Cheng Ho) ke perairan Asia Tenggara suatu ketika dahulu.   

Replika laksamana Cheng Ho

Setiap tugu tersebut menceritakan kisah hubungan kerajaan tanah melayu, borneo dan China sejak mula sebelum terbinanya negara bangsa Malaysia.
Gerbang masuk ke taman

Pastikan anda sendiri yang datang dan merasa suasana di sini, jangan terlepas peluang sekiranya berkunjung ke Sarawak.


Penggunaan wayar merah, kuning dan hitam

Baiklah disini saya akan berkongsi sedikit tetang kedudukan, padanan dan fungsi wayar asas yang sering terdapat di dalam rumah kita. Pasti ramai juga yang akan terkeliru dengan padanan warna wayar semasa hendak membuat pemasangan pada songket ataupun suis bila melihat warna wayar yang berlainan. Perkara seperti ini kebiasaannya berlaku kepada mereka yang ingin merlakukan pemasangan sendiri di rumah yang melibatkan skala kecil seperti membaiki lampu, suis, songket dan sebagainya.


Wayar warna merah adalah wayar hidup, warna hitam adalah wayar neutral 
dan warna hijau adalah wayar bumi

wayar warna coklat adalah wayar hidup(merah), warna biru pula wayar neutral(hitam) 
dan warna hijau wayar bumi(hijau)

Agaknya sudah jelas padanan warna wayar yang dinyatakan diatas, semoga perkongsian ini bermakna kepada anda, sekian....

Gua Pari-Pari Bau, Kuching, Sarawak

Kisah dongeng tentang "Pari-pari" tidak asing lagi bagi kita, namun sejauh manakah kebenaranya. Di daerah Bau terdapat sebuah gua yang mana ia diberi nama "Gua Pari-pari". Gua ini terletak di kampung Krokong, jarak lebih kurang 23 km daripada pekan Bau, Kuching Sarawak. Gua ini penuh dengan kisah-kisah dongeng(mitos) dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaranya kerana tiada catitan bertulis mengenainya. 

Namun mengikut cerita daripada pendudukan setempat, gua ini pernah dihuni oleh sekelompok manusia pada ribuan tahun yang lalu. Dipendekkan cerita, kelompok manusia ini akhirnya disumpah oleh pari-pari atas sebab kesalahan mereka. Dari situ gua ini mendapat nama iaitu Gua Pari-Pari. Saya akan berkongsi sedikit pengalaman semana mengunjungi tempat ini pada tahun 2015 bersama keluarga.

Papan tanda Gua Pari-Pari(Fairy Cave)

Tangga untuk naik/masuk ke dalam gua. Disebelah tangga ini terdapat tangga 
lama peninggalan penjajah dari Jepun suatu ketika dahulu

Ruangan tangga yang paling atas dan untuk masuk ke dalam gua ini perlu bayar rm 1.00

Sejurus masuk ke dalam gua ini, terdapat lagi tangga kecil yang akan dilalui untuk naik ke atas,
keadaan tangganya sanggat curam, tinggi, sempit dan gelap

Inilah patung Pari-Pari yang menjadi lambang kepada gua ini

Terdapat banyak lagi sudut-sudut lain dalam gua ini yang menarik namun saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar. Apa kata anda sendiri datang merasai suasana yang mengagumkan di sini. Kepada anda yang berkunjung ke daerah Bau jangan terlepas peluang untuk datang ke sini kerana ia pasti akan memberi pengalaman yang menyeronokan.

Fitik (PDRM)

Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya maksud bagi istilah "fitik" apabila terdengar perkataan ini. Baiklah disini saya akan menerangkan serba sedikit maksud dan makna perkataan tersebut. Bagi masyarakat diluar sana, ramai yang tidak tahu akan tangjungjawab/tugas seorang anggota polis yang sebenarnya. Seperti mana-mana jabatan, kami juga tidak terkecuali daripada aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong. Apakah kaitannya perkataan fitik dan gotong-royong? 

Fitik dan gotong-royong membawa maksud serta makna yang sama. Perkataan ini sering digunakan dikalangan warga PDRM, yang mana setiap bulan diperuntukan masa untuk bersama-sama bergotong-royong membersih kawasan balai ataupun pejabat termasuklah kediaman pegawai dan anggota polis. Adapun khidmat "cleaner" daripada kontraktor yang telah dilantik oleh jabatan, ianya tidak memadai. Hal ini disebabkan seolah-olah aktiviti fitik telahpun menjadi satu budaya dalam warga PDRM sejak organisasi pasukan keselamatan ini ditubuhkan suatu ketika dahulu.

Seperti mana yang diperkatakan tadi, di tempat saya bertugas juga akan diadakan aktiviti fitik ini mengikut ketetapan masa yang telah dirancang. Dibawah saya sertakan rakaman semasa kami menjalankan aktiviti fitik di kawasan pejabat kami.

Fitik di kawasan pejabat

Baiklah setakat ini sahaja apa yang ingin disampaikan, semoga penerangan ini berguna kepada anda yang ingin mengetahui maksud "Fitik".Sekian....

Saturday 15 April 2017

Maklumat Pelajar


UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

STID 1103
 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN 


SEMESTER 
SEMESTER JANUARI SESI 2017/2018

PUSAT 
PJJ KOTA KINABALU

TUGASAN 4
 LAMAN WEB / BLOG PERIBADI

DISEDIAKAN UNTUK
CIK NORDALIELA BINTI MOHD RUSLI

DISEDIAKAN OLEH 
CHIN AH LIONG / 244031



http://asongkuksuka.blogspot.com